Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL) sedang mencari waris-waris bagi lima kanak-kanak di bawah jagaan mereka kini.
Hebahan pencarian waris tersebut dihebahkan menerusi laman Facebook rasmi JKM WPKL pada semalam.
Berikut di bawah adalah senarai lima kanak-kanak tanpa waris terbabit:-
Pencarian waris: Kes 1

Nama: Nazila Rahimi binti Tarmizi
Tarikh lahir/umur: 29.4.2012/12 tahun
Jantina: perempuan
Pegawai pelindung: Puan Ummi Nurul Farahin binti Kamaruddin
Bapa kandung: En. Tarmizi bin Abdul Jalil
Ibu kandung: Puan Nurhafiza Muhammad Amin
Kanak-kanak bernama Nazila Rahimi binti Tarmizi . Kanak-kanak dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Kini kanak-kanak ditempatkan dalam jagaan Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) di bawah Seksyen 19(2)(b) Akta kanak-kanak 2001.
Ibu bapa kandung kanak –kanak berasal dari Acheh Indonesia, telah menyerahkan kanak-kanak kepada pasangan suami-isteri yang tinggal di Kg. Pasir Petaling Kuala Lumpur. Kanak-kanak diserahkan pada April 2013, tanpa dokumen penjagaan yang sah. Ibu bapa atau waris kanak-kanak diperlukan untuk berbincang dengan pelindung bagi mengetahui perancangan penempatan kanak-kanak selanjutnya dengan kadar segera.
Oleh yang demikian, demi masa depan kanak-kanak, Jabatan berharap ibubapa kandung kanak-kanak atau warisnya hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang 50564 Kuala Lumpur dan boleh berhubung terus dengan pegawai kes (pelindung) iaitu Puan Ummi Nurul Farahin binti Kamaruddin di talian 03-2612 4000 atau 03-2612 4034, bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.
Pencarian waris: Kes 2

Nama: Nia Iris Diandra
Tarikh lahir/umur: 7.1.2017/4 tahun
Jantina: perempuan
Pegawai pelindung: Puan Ummi Nurul Farahin binti Kamaruddin
Ibu kandung: Imas
Kanak-kanak bernama Nia Iris Diandra. Kanak-kanak dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Kini kanak-kanak ditempatkan dalam jagaan Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) di bawah Seksyen 19(2)(b) Akta kanak-kanak 2001.
Ibu kandung kanak-kanak berasal dari Indonesia, telah menyerahkan kanak-kanak kepada penjaga yang tinggal di Taman Segar Cheras Kuala Lumpur. Kanak-kanak diserahkan pada 9 Januari 2017, tanpa dokumen penjagaan yang sah. Ibu kandung atau waris kanak-kanak diperlukan untuk berbincang dengan Pelindung bagi mengetahui perancangan penempatan kanak-kanak selanjutnya dengan kadar segera.
Oleh yang demikian, demi masa depan kanak-kanak, Jabatan berharap ibu bapa kandung kanak-kanak atau warisnya hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang 50564 Kuala Lumpur dan boleh berhubung terus dengan Pegawai Kes (Pelindung) iaitu Puan Ummi Nurul Farahin binti Kamaruddin di talian 03-2612 4000 atau 03-2612 4034, bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.
Pencarian waris: Kes 3

Nama kanak-kanak: Sarada Tan Jin Yen
Tarikh lahir/umur: 29.07.2009/12 tahun
Alamat: Lot 16105 Jalan 13B Salak South Baru (Desa Petaling) 57100 Kuala Lumpur
Kanak-kanak telah dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras Kuala Lumpur pada 29.07.2009. Ibu kandung kanak-kanak bernama Lee Poh Ling, nombor kad pengenalan 910413-10-5314 telah meninggalkan kanak-kanak di bawah jagaan Pusat Jagaan Ti-Ratana Welfare Society semenjak kanak-kanak dilahirkan. Ibu kandung sebelum ini mendapatkan tempat perlindungan di Pusat Jagaan tersebut sehingga ibu kandung melahirkan kanak-kanak.
Ibu kandung telah meninggalkan kanak-kanak di Pusat Jagaan tersebut selepas seminggu melahirkan kanak-kanak. Sehingga kini ibu kandung tidak pernah melawat mahupun berhubung dengan kanak-kanak. Menurut pengadu ibu kandung tidak pernah menandatangani sebarang surat keizinan penyerahan. Memandangkan pengadu tidak mempunyai hak penjagaan ke atas kanak-kanak maka beliau tidak dapat menguruskan urusan yang melibatkan kebajikan kanak-kanak.
Kes kanak-kanak telah dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kuala Lumpur pada 26.08.2021 bagi pihak kami membuat siasatan di bawah peruntukkan Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001. Majistret memerintahkan jagaan sementara di bawah Seksyen 19(2) AKK 2001 agar kanak-kanak diletakkan di bawah jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai sehingga Mahkamah Bagi Kanak-Kanak ini bersidang bagi pihak pelindung menjalankan siasatan lengkap dan mengemukakan Laporan Pelindung.
Sehubungan dengan itu, pihak kami menyiarkan gambar kanak-kanak di atas bagi mengesan ibu kandung mahupun waris kanak-kanak sebelum mahkamah mempertimbangkan penempatan bagi kanak-kanak ini seterusnya. Sebarang maklumat yang diperlukan boleh menghubungi pelindung Raja Norul Fazzilla Binti Raja Halim di talian 03-26124036 di Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pencarian waris: Kes 4

Nama: Muhammad Habib bin Abdullah
Umur/tarikh lahir: 6 tahun/7 Mac 2015
Jantina: Lelaki
Pegawai pelindung: En. Rachmat bin Elli
Kanak-kanak ini dilahirkan pada 7 Mac 2015 di Hospital Kuala Lumpur dan kini ditempatkan di Institusi Kebajikan atas perintah mahkamah sehingga kini. Pihak kami memerlukan kerjasama untuk mengesan ibu kandung yang dikenali dengan nama Yusma Irdawaty Bt Mohd Said atau waris kanak-kanak yang lain bagi membincangkan mengenai penempatan kanak-kanak seterusnya. Sehingga kini ibu kandung gagal dikesan dan tidak pernah melawat kanak-kanak sejak ditempatkan di institusi kebajikan.
Sehubungan dengan itu, Jabatan ini juga mengalu-alukan waris atau ibubapa kandung kanak-kanak untuk menghubungi Pelindung kes ini, iaitu En. Rachmat Bin Elli di talian 03-2612 4000 (samb. 4078) bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Jabatan ini mengesan ibubapa kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.
Pencarian waris: Kes 5

Nama: Nur Ariana Arissa binti Mohd Nor Zaini
Umur: 9 tahun
Kanak-kanak bernama Nur Ariana Arissa binti Mohd Nor Zaini, kini berusia 9 tahun . Kanak-kanak ini dalam jagaan ibu saudaranya bernama Cik Natasha Idha binti M Daud dan suatu perintah jagaan telah diperolehi dari Mahkamah Kanak-kanak dibawah Seksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001 dalam jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai pada 2 Ogos 2021.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang mencari ibu kandung atau waris kanak-kanak. Ibu kanak-kanak bernama Puan Nabila Idha binti M Daud dan juga bapa kanak-kanak bernama Encik Mohd Nor Zaini bagi berbincang dengan pelindung kes untuk mengetahui perancangan penempatan kanak-kanak selanjutnya dengan kadar segera.
Oleh yang demikian, demi masa depan kanak-kanak pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat berharap ibu kandung kanak-kanak atau warisnya hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang 50564 Kuala Lumpur dan boleh berhubung terus dengan Pegawai Kes (Pelindung) iaitu Encik Azizul Rahaman bin Zabidin di talian 03-26124196 atau 03-26124000.
Sumber: JKM WPKL