Siakap Keli
Gambar hiasan via Google

Patutlah Suka Hinggap Kat Badan Manusia, Rupanya Ini Yang Lalat Nak

Pernah tak korang mengalami keadaan di mana lalat tiba-tiba hinggap pada badan kita? Walaupun, sudah dikuis-kuis namun lalat tersebut masih cuba mendekati kita. Seolah-olah ‘dia’ terpersona dengan kita.

Tapi pernah tak kita terfikir mengapa lalat berkelakuan sedemikian?

Gambar: Google via Kompas Health

Menurut artikel KnowsWhy lalat dikurniakan deria dan penglihatan yang sangat bagus. Jika kita berasa diri kita sudah bersih, tetapi lalat dapat mengesannya dengan baik. Hal ini kerana, badan manusia mengeluarkan minyak dan kulit mati yang mampu menarik perhatian lalat.

Selain itu, lalat sebenarnya hinggap pada badan manusia kerana ingin mencari tempat yang hangat untuk mereka bertelur, muntah dan mengeluarkan najis. Oleh itu, kulit manusia adalah tempat yang paling sesuai untuk mereka melaksanakan kesemua fungsi itu.

Gambar: Google via Mother Nature Network

Namun begitu, kita perlu berhati-hati kerana lalat boleh memberi jangkitan ke atas manusia sekiranya lalat tersebut mendarat di atas badan lebih-lebih lagi pada bahagian luka. Hal ini dikatakan demikian kerana, pada kaki lalat tersebut mempunyai kuman dan bakteria yang boleh membawa jangkitan.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk mengelakkan diri daripada dihinggap lalat.

Sumber: KnowsWhy

Nadhirah