Siakap Keli
Gambar: Independent

Teleskop NASA Menangkap ‘Objek’ Aneh, Dipercayai Planet Pertama Di Luar Galaksi

Teleskop Chandra X-ray Observatory milik NASA dilaporkan telah menangkap kehadiran ‘objek’ yang dipercayai planet di luar galaksi pertama berjaya ditemui.

Memetik laporan Independent, planet tersebut dipercayai berada di galaksi Pusaran Air (Whirlpool Galaxy), bersebelahan galaksi Bima Sakti, di mana sistem solar bumi terletak.

Planet tak bernama itu diperkirakan hampir sama saiz dengan planet Zuhal. Ia dikatakan terletak kira-kira 28 juta tahun cahaya dari bumi.

Menurut Independent, saintis menyuarakan kemungkinan objek yang dilihat hanya habuk atau gas yang menyekat sinar-X dan kelihatan seperti planet. Namun ciri-ciri yang ada pada objek berkenaan lebih menyerupai sebuah planet berbanding gas atau habuk.

Tambah portal berkenaan, saintis setekat ini belum dapat memastikan sama ada planet tersebut boleh dikategorikan sebagai planet pertama ditemui di luar galaksi. Hal ini kerana, para saintis perlu menunggu selama 70 tahun untuk planet tersebut ‘muncul’ kembali dan meneruskan penyelidikan.

Sumber: Independent

 

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.