Siakap Keli
Gambar: Daily Star via NewsFlash

Tengah Main Di Luar, Budak Cuak Temui Bag Berisi Mayat Wanita Yang Dipotong-potong

Kanak-kanak di wilayah Orenburg, Rusia menghadapi pengalaman yang cukup seram berhampiran jalan bandar apabila telah menemui beberapa bahagian mayat seorang wanita yang dipotong-potong di dalam sebuah bagasi, lapor Daily Star.

Menurut laporan, seorang lelaki berusia 42 tahun telah ditahan kerana disyaki telah membunuh seorang wanita lalu dipotong dan diletakkan di dalam sebuah beg yang ditemui oleh kanak-kanak tersebut.

Pakar patologi menganggarkan bahawa mayat itu berkemungkinan telah mati antara tempoh 30 hingga 50 jam.

Kini, pihak polis belum mendedahkan nama mangsa, tetapi mangsa tersebut difahamkan seorang wanita berusia 39 tahun yang berasal daripada bandar Orsk Rusia, di Barat Daya Rusia.

Kanak-kanak tersebut telah menemui penemuan ngeri itu pada pagi Sabtu lalu (23 Oktober) dan pihak polis telah menahan seorang suspek semalam.

“Mencari pembunuh sebenar adalah keutamaan kami,” tegas Alexander Bastrykin, Ketua Organisasi bagi Jabatan Siasatan Wilayah (ICR)

Gambar: Daily Star via NewsFlash

Ahli Penyiasat kini telah menemui rakaman CCTV yang menunjukkan seorang lelaki mengheret bagasi tersebut ke lokasi kejadian. Lelaki itu juga dikenali sebagai salah seorang kenalan kepada mangsa.

“Mayat seorang wanita dilihat mempunyai tanda-tanda kematian yang agak ganas telah ditemui,” jelas Jabatan Siasatan Wilayah (ICR),”

“Dengan bukti-bukti ini, unit siasatan serantau akan membuka kes jenayah ini dan akan segera memindahkan kes ini ke ibu pejabat bahagian jenayah,”  tegas Pengerusi Jawatankuasa Penyiasatan Rusia.

Melalui kenyataan itu, pihak berkuasa sudah dapat mengenal pasti identiti mangsa tetapi mereka hanya mendedahkan mangsa tersebut sebagai penduduk bandar berusia 39 tahun.

Gambar: Daily Star via Investigative Committee/east2west news

“Selepas identiti umum wanita tersebut didedahkan, pelbagai maklumat mengenai rakan kepada wanita tersebut telah diterima”

“Maklumat ini disahkan semasa siasatan lanjut dilakukan, dalam masa terdekat ini, si pelaku akan disoal siasat.”

“Tukul daging dan pisau telah ditemui di rumah suspek,” dedah Kementerian Situasi Kecemasan.

Menurut Russian news source 360, kini lelaki tersebut telah mengaku bersalah.

Sumber: Daily Star

Nadhirah