Siakap Keli
Gambar: @HolyCow_Inc

(Video) Haa Panik, Lupa Tarik “Handbrake” Punya Pasal Habis Kereta Tunda ‘Barai’ Dilanggar Lori

“Sudah jatuh ditimpa tangga pula”. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan nasib seorang lelaki ini yang terlupa untuk menarik brek tangan lorinya.

Kamera CCTV yang terdapat di sebuah jalan berjaya merakamkan nasib yang tidak baik untuk pemandu lori tunda itu. Terdapat dua kejadian malang yang berlaku kepada lelaki tersebut.

Pertamanya adalah, seperti yang terlihat dalam video berkenaan, semasa pemandu lori itu sedang membelok di sebuah selekoh, kereta yang ditundanya itu telah terjatuh daripada bahagian belakang lori dan menggelungsur ke belakang.

Lelaki berkeanaan dapat dilihat berusaha untuk memberhentikan kereta itu dengan mengejarnya. Mujur kereta itu dapat berhenti dengan sendirinya selepas melanggar pembahagi jalan yang terdapat di situ.

Namun begitu, nasib lelaki tersebut bertambah malang apabila lorinya pula menggelungsur ke belakang dipercayai kerana terlupa menarik brek tangan  sehingga merempuh ke kereta yang baru sahaja terjatuh dari lorinya itu sebelum berhenti dengan sendirinya selepas melanggar pembahagi jalan.

Ketika menyedari bahawa lorinya itu sedang bergerak, kelihatan dia berusaha untuk memberhentikan dan menghalang lori itu daripada melanggar kereta berkenaan. Namun kerana tidak berdaya untuk menahan lori itu seorang diri, penyelamatan itu gagal dan kereta itu akhirnya dirempuh.

Hasil daripada rempuhan itu, kereta tersebut dilihat mengalami kerosakan dan kemek pada bahagian depannya.

Tidak dapat dipastikan berkenaan dimanakah lokasi video tersebut, namun ianya telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, video yang dirakam pada 11/10/2021 itu telah meraih sebanyak lebih 60 ribu tontonan.

Sumber: @HolyCow_Inc

 

 

Aqmal Ezany

I write what is right