Siakap Keli

Baik Untuk Kanak-Kanak, Ini Antara Vitamin Yang Boleh Diberi Pada Anak-Anak Anda

Syarikat bumiputera sepenuhnya yang telah menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan iaitu Eskayvie Sdn Bhd pada hari ini telah mengorak langkah baharu apabila melancarkan produk vitamin terbarunya yang bernama Diffenz Junior dalam satu majlis yang diadakan di Hotel St Regis.

Pelancaran produk tersebut dilihat sebagai bertepatan dengan situasi pandemik semasa COVID-19 menuju ke endemik kerana ianya dikeluarkan khusus untuk golongan kanak-kanak.

“Diffenz Junior menjadi inovasi terbaharu kami bagi membantu ibu bapa untuk memberi perlindungan terbaik bagi kanak-kanak di musim pandemik ini.

“Dalam keadaan sekarang, sistem imun yang baik adalah sangat penting dan Eskayvie sentiasa berusaha memberikan sokongan diperlukan untuk setiap peringkat umur,” kata  Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri.

Walaupun status vaksinasi lengkap bagi golongan dewasa di Malaysia telah mencapai sebanyak 94.6 peratus, kanak-kanak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat perlindungan sepenuhnya dan terdedah dengan sebarang kemungkinan.

“Justeru mereka berisiko serta sangat terdedah kepada jangkitan kuman dan virus. Diffenz Junior melengkapi keperluan itu.

“Tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan aktiviti riadah di luar rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka cenderung mengalami sistem imun yang lemah,” katanya lagi.

Dr Syid Ayob menyatakan bahawa pihaknya amat memahami kerisauan yang dirasakan oleh golongan ibu bapa tentang keselamatan kanak-kanak berumur di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin.

“Diffenz Junior dirumus secara saintifik  menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D.

“Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi ini mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.

“Tablet kunyahan perisa oren yang enak ini bukan saja untuk menyokong sistem imun, malah turut membantu tumbesaran anak dan seterusnya menjadikan mereka kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menyatakan, pelbagai aktiviti pemasaran dan jualan telah dirangka sepanjang Oktober dan November ini.

“Ia untuk memberi kesedaran kepada pentingnya penjagaan sistem imun untuk seisi keluarga terutamanya kanak-kanak.

“Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan jualan sebanyak RM300 juta pada tahun 2022. Eskayvie sangat jelas dengan misi untuk membantu lebih 50,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia pada 2022  bagi mencapai matlamat kewangan yang lebih baik,” katanya.

Majlis pelancaran produk itu turut diserikan dengan kehadiran duta Eskayvie sendiri iaitu Datuk Aznil Nawawi.

Dalam majlis itu, turut diadakan penyampaian anugerah bagi menghargai usahawan Eskayvie Nexus di atas pencapaian cemerlang dan luar biasa mereka sepanjang 2021 ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Diffenz Junior ini, layari laman sesawang www.eskayvie.com atau pautan  media  sosial berikut.

FB PAGE: Eskayvie Malaysia –  https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia –  https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.