Dikenali sebagai salah seorang penggiat seni yang ‘bersih’ dari kontroversi, Keanu Reeves sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dia dilaporkan telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada empat orang pelakon aksi lagak ngeri dalam John Wick 4.
Menurut Metro.co, hadiah itu diberikan oleh Keanu sempena tamatnya penggambaran filem aksi tersebut dan ia sebagai penghargaan di atas segala kerja keras mereka selama berlakon di dalam filem itu.
Difahamkan, Keanu telah menghadiahkan jam tangan Rolex Submariner kepada Bruce Lee Concepcion, Jeremy Marinas, Dave Camarillo dan Li Qiang.
Jeremy Marinas tidak dapat menahan kegembiraannya apabila dia berkongsikan gambar mereka di media sosial.
Menerusi gambar itu, nama mereka juga dilihat telah diukir pada jam tersebut, menjadikannya sangat istimewa.
Jam yang mula dikeluarkan pada September 2020 itu dikatakan bernilai USD $10,074 (RM41,812).
Filem John Wick 4 dijangka akan ditayangkan sekitar bulan Mei tahun depan.
Sumber: Metro.co