Antara menu berkaitan makanan laut yang cukup digemari ramai terutamanya di restoran ialah ikan siakap, sama ada dimasak stim lemon, tiga rasa, bakar, disimbah sambal kicap dan banyak lagi.
Baru-baru ini, seorang warganet Liza Idris ada berkongsi resipi membuat menu ikan siakap sambal kicap pedas ala Thai di group Facebook memasak Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Resipinya itu menerima pelbagai reaksi, rata-rata warganet amat menyukai menu ini. Malah ia turut dikongsikan di Facebook lebih 2,200 kali setakat ini. Nampak macam menarik kan?
Oleh itu, jom kita ikuti perkongsian resipi oleh Liza seperti di bawah ini. Bolehlah cuba buat untuk makan tengah hari hari ini. Selamat mencuba!
Resipi ikan siakap sambal kicap pedas Thai

Nah resipi ‘Ikan Siakal Sambal Kicap Pedas Thai’. Sedap tau. Simple sangat. Bahan pun mudah.
Korang cuba la masak ni. Lain macam sedap tu. Makan je terasa seperti berada di restoran Thai kayangan.
Cara masak ada pada caption setiap gambar. Selamat mencuba.
1) Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.

2) Panaskan minyak, goreng ikan yang dah siap dibedak tadi. Angkat dan ketepikan dulu. Bukan disisihkan.

3) Dah kenapa senduk ni keriput gitu ha? Petanda rajin masak! (Kata netijen berambut trojan)*
*gurauan

4) Buat kuah. Bahan buat kuah cukup mudah.
- 1 biji bawang besar
- 1 biji bawang besar
- 3 ke 5 biji cili api
(Kisar je semua bahan di atas)
- 2 sudu cili kisar
- 2 sudu cuka
- 5 sudu kicap biasa
- 1 sudu Maggie cukup rasa
- Sedikit sayur kubis dan carrot
- Daun sup dan daun ketumbar

5) Panaskan minyak dan tumis sampai kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi.

6) Masuk 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit. Bahasa mudahnya, pecah minyak.

7) Masuk 5 sudu besar kicap. Ikutla nak lebih pun takpa. Tak dosa pun.

8) Letak 2 sudu besar cuka. Kacau dan kacau.

9) Masuk bunga kubis dan carrot. Kacau dan kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit.

10) Perasakan dengan Maggie cukup rasa.

11) Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi. Kalau dalam masakan tak apa, jangan kacau orang sudahla.

12) Siap!

13) Simbah atas ikan siakap tadi.

14) Tabur lagi daun bawang dan ketumbar sebagai penyeri di kala sunyi. Kena cuba tau resipi ni. Dijamin sedap dan punah diet korang.

Alhamdulillah. Kenyang ha.

Sumber: Liza Idris melalui Masak Apa Hari Ini