Netflix ialah sebuah platform streaming atas talian yang sering kita gunakan sekarang untuk menonton drama dan movie. Menurut detikINET, Netflix akan melebarkan sayapnya ke industri permainan video.
Netflix menyatakan mereka mahukan sesuatu yang baharu dengan mamasuki pasaran permainan video. Hal ini kerana, akibat dari pandemik ini orang akan bosan jika hanya menonton rancangan sama ada dalam TV ataupun secara atas talian. Jadi untuk menarik lagi pengguna mereka merancang untuk mengisi ‘game’ dalam Netflix.
Pelanggan tidak perlu membuat bayaran tambahan memandangkan ia dimasukkan dalam pakej langganan sedia ada. Namun bagi peringkat awal, game tersebut hanya boleh dimainkan menggunakan telefon bimbit sahaja.
Mereka turut menyatakan bahawa mereka telah melaburkan banyak duit bagi memasuki industri permainan video ini. Netflix turut bergabung dengan bekas eksekutif Electronic Arts (EA) dan Facebook, Mike Verdu sebagai VP bagi projek terbaru mereka ini.
Verdu sendiri pernah bekerjasama dengan pembangun dan menghasilkan permainan yang menggunakan VR headsets Oculus. Pasukan ini dikatakan serius dalam pembangunan permainan video untuk Netflix. .