Siakap Keli

(Video) 11 Bulan Kenal Dalam PUBG, Gadis Teruja Dapat Jumpa BF Depan-depan Kali Pertama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seiring dengan perkembangan teknologi telefon pintar, permainan mudah alih juga terus mendapat perhatian ramai dan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Memang tak dinafikan bahawa kualiti kebanyakan permainan tersebut sangat baik sehingga membuatkan pemain obses dengannya.

Dalam pada itu, fungsi sembang yang diperkenalkan di dalam permainan itu juga memperlihatkan pemain boleh berhubung dengan rakan-rakan atau orang yang tidak dikenali.

Bukan itu sahaja, ia juga kadangkala menjadi platform mencari pasangan hidup. Manakan tidak, ramai yang sudah berbahagia hasil perkenalan di dalam permainan yang disertai mereka.

Seperti gadis ini yang berkenalan dengan teman lelakinya menerusi permainan PUBG.

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya di TikTok, @raden.girin menunjukkan saat-saat istimewa ketika dia pertama kali bertemu kekasih hatinya selepas 11 bulan berkenalan.

Apa yang menarik perhatian adalah riak wajah kekasihnya yang terkejut dan teruja melihatnya pertama kali.

@raden.girin

hikssđź’“ @rhmn1997 #ldrlife

♬ suara asli – sugiono – Tik Toker

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 3.2 juta tontonan di TikTok.

Namun, di sebalik komen netizen yang ‘bersemut’ melihat video itu, ada juga yang berkongsi mengenai pengalaman buruk sepanjang berkenalan di dalam permainan.

Sumber: raden.girin

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.