Siakap Keli
Gambar : TikTok jason_jezi

(Video) Laci Almari Tak Boleh Tutup Rapat? Ini Cara Nak Baiki Dengan Guna Satu Alat Saja

Laci almari sememangnya sering digunakan untuk menyimpan pakaian atau barang-barang keperluan diri. Namun, segelintir pengguna mungkin menyalahgunakan dengan memberi bebanan yang menyebabkan laci almari susah untuk ditutup rapat. Jadi, apakah cara yang perlu diambil supaya laci almari boleh ditutup rapat?

Jangan risau kerana terdapat penjelasan daripada akaun TikTok jason_jezi mengenai tips mudah untuk membaiki laci almari anda.

Menerusi video tersebut, beliau menunjukkan bagaimana cara yang mudah untuk membaiki laci almari dengan hanya membetulkan papan laci yang jatuh. Jika papan pada laci terjatuh dan kayu itu tersangkut, hanya perlu masukkan testpen, cungkil supaya papan itu naik semula ke atas klip dan tarik testpen itu. Dan siap!

Jika anda ingin menambah kekuatan pada laci tersebut, anda boleh menambah klip pada bahagian atas dan bawah laci almari sahaja.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh menonton video di bawah.

@jason_jezi

Lama pakai almari laci tak rapat tutup, papan jatuh, tersangkut #tips #TikTokGuru #jombelajar #learnontiktok #laci

♬ Naratu – Sharin Amud Shapri

Sumber : TikTok jason_jezi

Fathin Nadzira