Siakap Keli
Gambar: Twitter

Guna Ubat Gigi Berlebihan Tidak Baik Untuk Kanak-kanak & Hanya Membazir? Ini Penjelasan Dari Doktor

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Adakah anda tahu selama ini kita menggunakan cara yang salah semasa mengisi ubat gigi untuk memberus gigi?! Macam yang kita selalu tengok dalam iklan, mereka ‘menyarankan’ ubat gigi diisi sepenuhnya, kalau boleh biar sebesar saiz berus gigi tersebut.

Namun, tahukah anda bila kita gunakan ubat gigi berlebihan perkara tersebut tidak memberi kesan pada gigi pun. Bukanlah dengan jumlah ubat gigi yang lebih gigi kita akan sihat, tetapi sebenarnya cara kita memberus gigi yang menjadi faktor utama dan perlu dititikberatkan.

Menerusi laman Twitter Dr. Shah, sebagai deorang doktor gigi beliau telah menerangkan cara penggunaan yang betul jumlah ubat gigi.

Kata beliau “Ini adalah cara subliminal untuk anda habiskan ubat gigi dengan cepat dan beli tibu baru!”, merujuk kepada cara syarikat pengeluar ubat gigi mengiklankan produk mereka.

Kita selalu terpengaruh dengan iklan tetapi itu cuma stratergi pasaran mereka untuk melariskan produk. Dr. Shah turut menyatakan bahawa penggunaan ubat gigi berlebihan bukan sahaja membazir malah turut bahaya untuk kanak-kanak.

Kita pun tahu kita selalu sahaja tertelan ubat gig ketika memberus gigi, apatah lagi bagi kanak-kanak. Dengan ubat gigi yang pelbagai perisa memang sukalah mereka bau dan rasa ubat gigi tersebut. Oleh itu, sebagai penjaga dan ibu bapa perlu ketahui berapa jumlah tepat untuk kanak-kanak juga untuk mereka sebagai orang tua.

  • Bagi kanak-kanak berumur bawah 3 tahun penggunaan ubat gigi hanyalah sebesar biji beras ataupun hanya calitkan sedikit sahaja.
  • Kanak-kanak yang berumur atas 3 tahun pula boleh menggunakan ubat gigi sebesar biji kacang pea.

“Ianya sudah cukup dan tidak bahaya kalau tertelan sekalipun,” tulis Dr. Shah dalam postingan beliau. Tambah beliau lagi, jika berlebihan ubat gigi ia akan menyebbakan dental fluorosis iaitu garis nipis putih pada enamel gigi yang seperti bintik atau garis putih, berkapur, dan sukar dibersihkan.

Begitu juga bagi orang dewasa, cukup hanya sebanyak biji kacang pea juga dan boleh lihat kandungan ubat gigi di kotak dan tiub ubat gigi. Arahan yang diberikan ialah sebanyak 1350ppm fluorida sahaja.

Apabila tidak menggunakan ubat gigi yang berlebihan, buih dalam mulut pun tidak akan banyak dan boleh mengamalkan kaedah ‘spit no rinse’ iaitu ludah tak perlu kumur. Kerana ia akan mengekalkan fluorida dengan lebih lama pada permukaan gigi.

Sumber: Dr ib Shah

 

Zahirah