Siakap Keli

MFL Umum SOP Masuk Stadium Untuk Penonton Lengkap Vaksin, Bermula Pusingan Ketiga Piala Malaysia Esok

Seperti yang kita sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan telah memberi kelonggaran kepada penonton atau penyokong untuk hadir ke tempat perlawanan sukan untuk negeri Fasa 2 dan keatas dalam Pelan Pembangunan Negara (PPN).

Selaras dengan kelulusan tersebut, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) melalui laman sosial rasmi hari ini membuat makluman pembukaan stadium kepada penonton bermula pusingan ketiga TM Piala Malaysia pada 29 Oktober 2021.

Berikut adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi penonton, seperti yang telah dipersetujui MKN dan MFL.

Syarat kemasukan

  • Hanya penonton lengkap vaksinasi dibenarkan masuk
  • Wajib menunjukkan sijil digital vaksinasi atau kad fizikal di pintu masuk
  • Penonton yang berstatus “Low Risk” termasuk “Casual Contact Low Risk” di MySejahtera sahaja dibenarkan masuk
  • Penonton bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan menonton perlawanan di stadium termasuk berada di perkarangan stadium
  • Tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di dalam stadium

Saringan kesihatan

  • Person Under Surveillance (PUS) atau Person Under Investigation (PUI) dilarang masuk
  • Pemeriksaan suhu di kaunter saringan masuk stadium
  • Penonton bergejala tidak dibenarkan masuk

Tiket / pas bermusim

Tiket hanya boleh dibeli secara atas talian di Ticket Hotline atau pas bermusim melalui pengurusan pasukan mengikut kapasiti venue yang ditetapkan.

Seorang penonton hanya dibenarkan membeli dua tiket sahaja. Wajib membawa Kad Pengenalan atau passport asli bersama tiket bagi tujuan pengesahan dan kemasukan.

Kedatangan awal

Penonton disarankan datang awal bagi melancarkan urusan di kaunter saringan. Penonton berumur 65 tahun ke atas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak digalakkan masuk ke stadium.

Penjarakan fizikal

  • Duduk di tempat yang disediakan
  • Pemakaian facemask adalah wajib
  • Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter
  • Tandas akan ditutup pada waktu rehat perlawanan separuh masa bagi mengelakkan penonton berkumpul. Penonton hanya dibenarkan ke tandas sebelum dan selepas perlawanan berlangsung
  • Hanya bersorak di tempat duduk sendiri. Kerap cuci tangan atau menggunakan sanitasi tangan
  • Penonton digalakkan untuk membawa sejadah dan sanitasi tangan sendiri

Beredar dari stadium

Penonton diminta meninggalkan stadium serta-merta secara bersistematik sejurus tamat perlawanan

Tidak dibenarkan sama sekali berkumpul atau berlegar di kawasan stadium sebelum dan selepas tamat perlawanan.

Untuk maklumat terperinci, sila rujuk SOP kebenaran kemasukan penonton ke stadium bagi perlawanan TM Piala Malaysia 2021 di pautan ini.

Sumber: MFL

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.