Perniagaan kotak hadiah pada masa kini sudah semakin mendapat perhatian masyarakat. Pernahkah anda dengar sesiapa menempah kotak hadiah yang mempunyai bajet lebih daripada RM1,000?
Pengguna Tiktok yang menjalankan perniagaan kotak hadiah secara atas talian telah menerima satu tempahan dengan bajet lebih RM1000. Pengguna Tiktok tersebut dikenali sebagai @suprisebox.ladyhand dengan mempunyai lebih 30,000 pengikut di akuannya.
Pada mulanya, admin Suprisebox.ladyhand tersebut seakan tidak percaya kerana bajet yang diingin adalah sangat mahal dan sukar untuk dipercayai. Dia juga takut sekiranya pelanggan yang meminta bajet rm 1000 lebih tersebut adalah scammer.
Pengguna Tiktok tersebut memberanikan diri untuk bertanya berkenaan pekerjaan yang dilakukan oleh pelanggan tersebut demi mendapatkan kepercayaan. Menurut admin Suprisebox.ladyhand, pelanggan itu memberitahu kepadanya bahawa pekerjaan dia adalah sebagai seorang jurutera.
Pelanggan tersebut meminta untuk pengguna Tiktok tersebut membelikan minyak wangi jenama “gucci floral” yang sebenar. Menurut admin Suprisebox.ladyhand, minyak wangi jenama Gucci tersebut merupakan item yang paling mahal sekali dalam kotak tersebut.
Selain meletakkan minyak wangi jenama Gucci, pelanggannya meminta dia untuk meletakkan coklat dan juga ramen. Antara coklat yang dimasukkan oleh pengguna Tiktok ini ialah Kinder Bueno, Forrero Roche, Cadburry dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, pelanggan tersebut juga menyuruh admin Suprisebox.ladyhand ini untuk meletakkan barang makeup dan barang penjagaan muka.
Akhir sekali, pelanggan itu juga meminta admin Suprisebox.ladyhand tersebut untuk memasukkan jam, shawl dan set cincin 7 hari di dalam kotak tersebut.
Admin Suprisebox.ladyhand itu juga memberitahu di dalam video tersebut bahawa pelanggannya itu sangatlah memudahkan pekerjaannya. Pelanggan tersebut memberikan link kepada dia bagi semua item yang diminta untuk memudahkan urusan admin Suprisebox.ladyhand ini.
Di akhir video, admin Suprisebox.ladyhand ini memberitahu sebenarnya kotak hadiah ‘kayangan’ ini adalah untuk tunang pelanggan tersebut. Admin Suprisebox.ladyhand ini juga mendoakan agar urusan perkahwinan pelanggannya itu dipermudahkan bersama tunangnya yang tercinta.
Marilah bersama-sama kita mengaminkan doa tersebut juga. Untung dapat tunang macam ni.
@surprisebox.ladyhand Giftbox Rm1K lebih gais 😨 Thankyou awak @irwanhafiz7 🙆🏻♀️ #fyp #giftboxmalaysia #fypdong #ldrcouple #viralvideo #giftboxbajet #fypシ
Sumber: Tiktok Suprisebox.ladyhand