Siakap Keli
Gambar: wolipop

(Video) Kahwin Dengan Lelaki Buta, Wanita Reka Gaun Dengan Taktil Supaya Suami Boleh Sentuh & Rasa Kecantikan Gaun Dipakainya

Setiap wanita yang ingin berkahwin pastinya mengimpikan untuk kelihatan cantik di hadapan calon suami mereka semasa hari bahagia mereka itu nanti.

Berbeza dengan cara wanita bernama Kelly Ann ini apabila dia memilih untuk mengenakan gaun taktil agar suaminya yang cacat penglihatan dapat berasakan kecantikan gaun yang dipakainya semasa majlis resepsi mereka berlansung.

Suaminya yang bernama Anthony Ferraro ada menyatakan dalam satu video TikTok yang kini tular: “Saya buta dan baru sahaja berkahwin”.

“Ianya benar-benar hari yang paling menggembirakan, di mana begitu ramai kawan dan keluarga yang datang untuk meraikan cinta kami. Dia bahkan mengenakan gaun pengantin taktil untuk membolehkan saya merasakan betapa cantiknya dia,” tambah Anthony.

Taktil adalah suatu yang seakan sama dengan tulisan brail. Kelly menggunakan gaun anyaman berbentuk bunga dan renda. Juga turut terdapat perincian lain yang ditata khusus agar boleh disentuh oleh Anthony.

Anthony menyatakan bahawa Kelly adalah segalanya baginya. Kelly seolah-olah menjadi mata untuk Anthony.

“Dia adalah mataku di dunia ini. Dia menempah gaun yang dibuat khusus untuk saya dapat rasa dan menyentuhnya. Ianya sangat bermakna untuk saya,” ujar Anthony kepada USA Today.

Kelly menambah bahawa gaun pengantinnya itu dibuat untuk memberi kejutan kepada suaminya. Kelly sangat teruja ketika Anthony menyentuh gaunnya.

“Sepanjang waktu di lorong saya berbisik kepadanya ‘sentuh gaunku, sentuh gaunku,’ dan itu telah membuatkan saya sangat seronok mengetahui dia boleh merasakan dan menikmati gaun saya sama seperti saya,” ucap Kelly.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Ianya telah ditonton lebih ribuan kali daripada warganet.

@asfvision

🤍🎥I married my camera person @turmericteatime #blind #wedding #relationshipgoals #lucky #pov

♬ A Thousand Years – Christina Perri

Sumber: wolipop

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.