Siakap Keli
Gambar : Cat Super LAG

(Video) Pelik Tetapi Lawak, Kucing Nak Garu Belakang Badan Tapi Lidah Masih ‘Menggaru’ Bayang Di Depan

Pernah tak tengok kucing menggaru-garu belakang mereka? Sesiapa yang melihat pasti tahu yang kucing menggaru tubuh badannya dengan menggunakan lidah.

Sebenarnya, kucing berkelakukan sedemikian kerana ingin membersihkan bulunya daripada kotoran. Menurut laman TheMamaMiaow, permukaan lidah kucing sebenarnya kasar, seperti bulu-bulu halus yang berfungsi sebagai sikat atau berus bulu bagi tujuan untuk menyingkirkan kotoran pada badannya.

Gambar : The MamaMiaow

Selain daripada lidah, kucing juga menggunakan giginya untuk membersihkan kotoran yang susah ditanggal kerana lidahnya hanya boleh digunakan untuk menyingkirkan kotoran-kotoran yang mudah dan senang.

Lain pula yang terjadi menerusi video yang dikongsikan daripada akaun Facebook Cat Super LAG. Dalam video tersebut, seekor kucing menggaru-garu belakangnya dengan menggunakan sebelah kaki hadapan, seperti kelakuan manusia. Tetapi yang peliknya, lidah kucing itu masih dikeluarkan dan pergerakan tersebut seolah-olah menjilat bulunya.

Bagaikan ada ilmu ajaib, lidah menggaru di depan, tangan pula di belakang pada tempat yang gatal. Apalah agaknya yang kucing ni tengah buat kan.

Sumber : Cat Super LAG

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.