Mesti ramai antara kita yang kadang-kadang tertanya adakah orang yang rabun warna atau memiliki kelainan upaya yang lain boleh memandu. Jawapan bagi soalan ini ialah boleh, namun perlulah ada pengesahan dan surat dari doktor terlebih dahulu.
Video Tiktok oleh Husnahsman, pernah tular kerana perkongsian beliau berkenaan suaminya yang rabun warna. Ketika itu, mereka dalam perjalanan menuju ke restoren makanan Jepun dan suaminya ketika itu sedang berusaha menyusun pinggan mereka mengikut warna.
Setelah tular video tersebut, ada seorang pengguna Tiktok yang memberikan komen berkenaan bagaimana suaminya memandu. “Buta warna boleh ke ambil lesen memandu?” tanya pengguna djaztiktok diruangan komen, beserta #maaftakpernahjumpakesni.
Husnahsman akhirnya membalas pertanyaan tersebut dengan merakamkan sebuah video ketika suaminya sedang memandu. Dan disertakan juga sedikit penjelasan berkenaan lesen memandu untuk mereka yang rabun warna, katanya “Dia ada lesen memandu dan boleh memandu. Cuma perlu menerusi beberapa prosedur tambahan dan perlukan pengesahan oleh surat doktor dan lain-lain.”
Menurut JPJ juga, golongan orang kurang upaya (OKU) turut boleh menerima lesen memandu dan perlu membuat permohonan seperti biasa. Walaubagaimanapun, golongan OKU akan diberikan kemudahan dan mereka akan dibenarkan untuk membawa kereta yang telah diuabhsuai ketika ujian Praktikal.
@husnahsman Reply to @djaztiktok orang rabun warna boleh ambik lesen dan boleh drive macam biasa cuma procedures ja lain sikit😁 #colorblind #colorblindness