Seluruh Kuala Lumpur dan Labuan dijangka akan dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan yang dimuatnaik Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di Twitter sebentar tadi, beberapa kawasan di 10 negeri lain turut mengalami keadaan cuaca yang sama.
“Di Kedah, ia melibatkan kawasan Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak kawasan yang terjejas ialah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Sementara itu, Kelantan pula melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh dan Terengganu hanya di tiga kawasan iaitu Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.
“Bagi Pahang pula, kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Di negeri Selangor, kawasan yang terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
“Tiga kawasan di negeri Sembilan turut mengalami keadaan cuaca yang sama iaitu di Jelebu, Jempol dan Tampin. Manakala, Johor pula melibatkan kawasan Segamat dan Mersing,” kata MetMalaysia menerusi kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu lagi, kawasan di Sarawak iaitu Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang juga turut tersenarai.
Manakala di Sabah, hujan lebat dijangka akan membasahi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Orang ramai yang pulang daripada tempat kerja dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati. Elakkan berada di kawasan yang berisiko.
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/4tRBenRqBE
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) October 28, 2021
Sumber: MetMalaysia