Siakap Keli

Bajet 2022: Kerajaan Cadang Lanjutkan Pelepasan Khas Cukai Pendapatan Individu Bagi Pembelian Telefon Bimbit, Komputer & Tablet Sehingga 31 Dis 2022

Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa pihak kerajaan bercadang untuk melanjutkan khas cukai pendapatan individu yang bernilai sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022.

Inisiatif yang dikenali sebagai PerantiSiswa itu disasarkan supaya dapat membekalkan tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.

Beliau mengumumkan berkenaan inisiatif tersebut semasa pembentangan bajet 2022 yang diadakan sebentar tadi.

Berita lanjut bakal menyusul.

Sumber: Bernama TV

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.