Iko Uwais, aktor terkenal Indonesia dan juga bintang ‘The Raid’ dilapor bakal tampil dalam filem aksi Amerika, ‘The Expendables 4’.
Menerusi filem berkenaan, beliau bakan bergandingan dengan nama-nama besar Hollywood seperti Jason Statham, Sylvester Stallone yang popular dengan watak Rambo, Dolph Lundgren, dan Randy Couture.
Selain, nama-nama yang dikatakan bakal muncul dalam filem ini adalah Megan Fox, Curtis “50 Cent” Jackson, Jacob Scipio, dan Andy Garcia.
The Expendables 4 akan diarahkan oleh Scott Waugh manakala skripnya ditulis oleh Spenser Cohen. Plot filem tersebut masih berfokus kepada kisah sekumpulan askar upahan, namun tidak diceritakan secara terperinci bagaimana filem tersebut akan dirakamkan.
Uwais akan memainkan watak sebagai seorang bekas pegawai tentera yang menjadi pengedar senjata dan mempunyai pengikutnya sendiri.
Nama Uwais mula meletup selepas muncul dalam The Raid pada 2011 dan sequelnya pada tahun 2014. Baru-baru ini pula, Uwais turut membintangi filem terbitan Paramount’s, Snake Eyes dan akan muncul dalam sebuah filem Netflix terbaru iaitu Fists Full of Vengeance sebagai pelakon dan penerbit esekutif bagi karya tersebut.
Selain itu, beliau turut membintangi sebuah siri yang sekarang terdapat di Netflix iaitu The Wu Assassins, yang mana beliau juga merupakan penerbit esekutif.
Sumber: Deadline