Siakap Keli
Gambar: Siti Khadijah

Siti Khadijah Lancar Inisiatif Budaya Membaca Dalam Kalangan Kanak-kanak

“Nak, mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah..”. Apabila terbaca slogan ini di mana-mana ruangan iklan, ia mengingatkan kita tentang jenama produk telekung Muslimah yang cukup dipercayai, iaitu Siti Khadijah.

Pengeluar telekung berinovasi paling berpengaruh di Malaysia, Siti Khadijah (SK) baru-baru ini melancarkan program memperkasakan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak.

SK menerusi kenyataan berkata, inisiatif ‘membeli sambil mendidik’ tersebut dijalankan dengan kerjasama syarikat penerbitan buku dan risalah cerita-cerita Islamik, Tertib Publishing.

Gambar: Siti Khadijah

“Fokus utama usaha sama ini diadakan adalah bertujuan untuk menyemai semangat membaca dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia pada peringkat awal selaras dengan menyemai kewajipan menunaikan solat daripada peringkat umur kanak-kanak.

“Kerjasama ini memberi pengkhususan terhadap kombo pembelian produk telekung kanak-kanak edisi cilik dan buku kanak-kanak yang berkonsepkan pengetahuan Islamik,” kata SK dalam kenyataan tersebut, baru-baru ini.

Difahamkan, perasmian kerjasama dua hala itu turut dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif Jabatan Perancangan Strategik Siti Khadijah, Mohammad Muhaimin Aminuddin.

Gambar: Siti Khadijah

Jelas SK, memandangkan Tertib Publishing yang ditubuhkan pada 2019 tersebut memberi fokus dalam mencetak kandungan Islamik kontemporari, kerjasama tersebut adalah peluang bagi syarikat penerbitan itu untuk mempunyai produksi ‘in-house’ sendiri, selain dapat menghasilkan input buku kanak-kanak Islamik yang lebih segar dan berkualiti.

“SK berharap dengan usaha dan inisiatif dalam memperkasakan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak ini mendapat sambutan oleh semua pihak terutamanya sekali dalam kalangan Famili SK,” tambah kenyataan itu lagi.

Hegira untuk hijrah

Sementara itu, selain menghasilkan telekung solat yang berkualiti, SK melalui anak syarikatnya, Hegira melancarkan produk tudung Muslimah yang membawakan gaya lebih moden dan segar, sesuai dengan kehidupan masa kini.

Menurut kenyataan itu, jelas SK, Hegira merupakan tudung slip on atau jenis sarung yang selesa dan praktikal, dipercayai dapat memberi solusi terbaik kepada cabaran yang sering dihadapi golongan Muslimah.

Gambar: Siti Khadijah

“Seindah namanya, Hegira membawa kepada perubahan positif dan kehidupan yang lebih baik dalam semua aspek.

“Tudung keluaran produk Hegira adalah hasil buatan tangan 100 peratus anak tempatan yang mempunyai pengalaman serta kemahiran tinggi dalam industri fesyen tudung dan bukanlah jahitan pukal,” katanya.

Difahamkan, semua tenaga kerja Hegira mahir dalam mengendalikan fabrik ringan seperti chiffon yang memerlukan kemahiran jahitan halus, lebih terperinci dan menggunakan teknik manual kerana ia amat mementingkan kualiti kekemasan jahitan.

“Menggunakan material fabrik yang ringan, kain mudah bentuk tanpa perlu gosok, corak sulaman yang segar dan ringkas adalah kelainan yang ditawarkan kepada penggemar tudung slip on atau sarung.

“Kini, dengan tudung sarung hasil rekaan Hegira membuatkan si pemakai tampak lebih muda dan moden,” tambahnya lagi.

Justeru, pengguna setia SK boleh mendapatkan produk-produk tersebut termasuklah Hegira secara langsung melalui ‘Same Day Boutique Delivery’ yang menawarkan penghantaran pada hari yang sama pembelian dilakukan.

Segala maklumat lanjut mengenai produk SK boleh dirujuk di mana-mana butik Siti Khadijah berdekatan atau layari www.sitikhadijah.com.

" "