Siakap Keli

Poster Ada Karakter Salah & Mane, PUBG Umum Kolaborasi Dengan Liverpool

Player Unknown Battleground atau PUBG Mobile adalah sebuah permainan telefon bimbit yang tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia. Tanpa mengira umur dan jantina, permainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa dan dimana-mana sahaja.

Popularitinya begitu mendunia, deretan tournament seringkali dianjurkan secara bermusim sama ada diperingkat kebangsaan, serantau, Asia mahupun global. Ketika ini, para peminat sedang memberikan tumpuan kepada saingan PUBG Mobile SEA Championship Musim ke-4 yang turut disertai oleh 4 pasukan dari Malaysia iaitu Team Secret, Geek Fam, Axis Redone dan 4Rival.

Sebagai sebuah permainan popular global, PUBG Mobile seringkali tampil dengan idea baharu bagi memastikan keterujaan para peminat berpanjangan ketika bermain. Terkini, PUBG mengumumkan satu kolaborasi dengan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool.

Liverpool merupakan pemilik 19 trofi liga utama termasuk 1 EPL selain pernah menjulang trofi Liga Juara-juara Eropah sebanyak 6 kali. Sebagai sebuah jenama bola sepak antara yang paling berpengaruh di dunia dengan puluhan juta pengikut, kerjasama dengan Liverpool ini dijangka bakal menawarkan pengalaman permainan yang serba baharu untuk para peminat PUBG Mobile.

Tidak dapat dipastikan secara terperinci kerjasama yang dimaksudkan, bagaimanapun melalui pengkongsian di laman Facebook PUBG Mobile, mereka yang menyertai kolaborasi ini akan mendapat sebuah beg galas yang akan dimiliki secara kekal.

Poster iklan yang dimuatnaik turut menampilkan karakter pemain Liverpool iaitu Virgil van Dijk, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino, selain karakter ikonik PUBG Mobile.

Manakala dibahagian depan pula tertera perkataan ”You’ll Never Walk Alone”. Kolaborasi ini akan dilancarkan pada 12 November nanti.

 

 

Sumber: PUBG Mobile

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.