Siakap Keli

TERKINI BAJET 2022: Diskaun Bayaran Balik PTPTN, 15 % Atas Baki Hutang Untuk Penyelesaian Penuh Pinjaman Akan Diberikan

Salah satu intipati menarik yang telah dibentangkan di dalam Bajet 2022 hari ini ialah mengenai pemberian diskaun bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN).

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ia amanah yang wajib dibayar semula oleh peminjam.

“Bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab, kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 sehingga 30 April 2022,” katanya.

Menurutnya, diskaun 15% akan diberikan bagi baki hutang penyelesaian penuh  dan 12% bagi bayaran sekurang-kurangnya 50% baki hutang dalam sekali bayaran.

Tidak cuma itu diskaun 10% juga akan diberikan bagi bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan telah menyediakan RM6.6 bilion bagi memperkasa TVET menerusi pelaksanaan inisiatif Kementerian dan Agensi berkaitan.

 

Sumber: RTM

 

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.