Siakap Keli

TERKINI BAJET 2022: Ibu Atau Bapa Tunggal Yang Ada Tanggungan Dapat RM 500

Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa kerajaan akan menyalurkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM500 kepada ibu bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 sebulan.

Menurutnya, ia bermakna ibu bapa tunggal yang mempunyai tiga orang anak atau lebih layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

Sebelum itu, beliau memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan Bajet 2022 adalah RM332.1 bilion yang dibahagikan kepada empat aspek utama iaitu RM233.5 bilion untuk belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan, RM23 bilion untuk Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

Sumber: RTM

 

 

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.