Menteri Kewangan, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa kerajaan bercadang akan mengenakan duti eksais terhadap produk cecair atau gel bernikotin untuk rokok/vape.
Beliau juga turut mengumumkan untuk meluaskan duti eksais sedia ada terhadap produk minuman bergula pracampur.
Menurutnya, perluasan duti tersebut adalah untuk menyokong amalan hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pengumuman itu dibuat dalam pembentangan Bajet 2022 yang diadakan sebentar tadi.
#Bajet2022: Kerajaan cadang kenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/vgjJQKRqVo
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) October 29, 2021
Sumber: RTM