Siakap Keli

TERKINI BAJET 2022: Setiap Murid Akan Terima RM150 Awal Tahun Depan

Menerusi pembentangan Baet 2022 hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa sebanyak RM150 akan diberikan kepada setiap murid sekolah di bawah Bantuan Awal Persekolahan.

Menurutnya, Bantuan Awal Persekolahan akan mendapat peruntukan sebanyak RM450 juta dan dijangka akan memanfaatkan 3 juta murid-murid.

“Setiap awal tahun tentunya ibu bapa yang paling sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

“Bagi tahun 2022, kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, iaitu meningkat sebanyak RM100 sebelum ini,” katanya.

 

 

Tambahnya lagi, sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaran dan pembaikan sekolah.

Sumber: RTM

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.