Siakap Keli
Gambar: JAKIM

Ilmuwan Nusantara, Tn. Guru Syeikh Ahmad Fahmi Bin Zam Zam Meninggal Dunia

Seorang ilmuwan nusantara yang juga ulama terkenal, Allahyarham Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Bin Zam Zam dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui laman facebooknya sebentar tadi.

”Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Bin Zam Zam yang kembali kerahmatullah pada 30 Oktober 2021M bersamaan 23 Rabiulawal 1443H.

”Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan ditempatkan beliau bersama para solihin. Al-Fatihah,” tulis JAKIM dalam kenyataan tersebut.

Netizen turut bersedih dengan kehilangan ulama besar ini dan menitipkan doa di ruangan komen sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

 

 

Sumber: JAKIM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.