Siakap Keli
Gambar Hiasan via The Mom 100

Bimbang Dilanda Musibah, Kisah Kampung Ini Tidak Menjual Nasi Kerana ‘Patuh’ Pantang Larang

Nasi merupakan sumber karbohidrat yang penting pada tubuh badan manusia. Kebiasaannya, di gerai-gerai mahupun di restoran mewah pasti akan menyajikan nasi sebagai hidangan di samping pelbagai aneka lauk.

Tetapi, lain pula terjadi di Desa Penimbun, Kecamatan Karanggayam, Kebumen di jawa Tengah yang melarang peniaga-peniaga menjual nasi di gerai mereka.

Menerusi laporan SuaraJawaTengah, larangan ini merupakan pantang larang yang masih dipercayai oleh penduduknya dan dikatakan akan terkena musibah jika menjual nasi.

Kepercayaan ini telah dipegang sejak turun temurun lagi oleh penduduk kampung dan mengatakan pantang larang itu adalah benar. Tidak ada satu pun penduduk di kampung ini cuba melanggar pantang itu kerana bimbang ditimpa musibah.

Melihat daripada Youtube yang dikongsikan dalam laporan itu, Desa Penimbun dikelilingi oleh bukit-bukau dan sawah padi seperti desa-desa lain. Walau bagaimanapun, tiada satu pun warung yang menjual nasi.

Larangan penjualan nasi di kampung ini sudah lama wujud sejak dahulu lagi.  Menurut sejarah yang diceritakan, terdapat seorang musafir singgah di kampung itu dan meminta nasi di setiap rumah kerana kelaparan. Namun begitu, penduduk Kampung Penimbunan sedang mengalami kebuluran, lalu tidak memberi nasi kepada musafir itu.

Hal ini menyebabkan musafir itu marah dan mengutuk kesemua penduduk disitu. Musafir itu bersumpah bahawa kesemua anak-anak dan cucu-cucu di kampung itu dilarang menjual nasi dan sesiapa yang melanggarnya akan menerima musibah.

Sehingga kini, penduduk kampung itu masih memegang kepercayaan ini dan turut disokong oleh ketua kampung. Dalam perkongsian video itu juga, ketua kampung berkata penduduk kampung dilarang menjual nasi, tetapi wajib memberikan beras kepada secara percuma kepada pendatang baru singgah ke gerai.

Kata ketua kampung, dia sendiri tidak tahu pokok pangkal cerita tetapi pernah terjadi satu kejadian dimana seorang penduduk telah melanggar pantang itu dan satu kampung pasti akan ditimpa musibah seperti menjadi tidak siuman atau mati.

Walaupun dilarang menjual nasi, tetapi penduduk kampung itu masih dibenarkan menjual ketupat atau lontong kerana bahan-bahannya telah diproses.

Sumber : Suara Jawa Tengah

Fathin Nadzira