British Airways i360 merupakan menara pemerhatian ternipis di dunia yang dibina pada diameter 3.9 meter dengan nisbah ketinggian-ke-lebar melebihi 40:1 di bandar tepi laut, Brighton. Menara ini diilhamkan dan direka oleh firma seni bina yang sama membina London Eye, iaitu Marks Barfield Architecs.
Reka bentuknya dibina seperti jarum gergasi yang mengarah ke langit dan bukan satu-satunya menara pemerhati di dunia, bahkan merupakan menara paling nipis yang pernah dibentuk. Menara pemerhati pantai i360 ini mempunyai diameter hanya 3.9 meter, berukuran pada titik keluasannya sebanyak 12.8 kaki dengan ketinggian kira-kira 162 meter.
Walaupun menara ini sering digambarkan sebagai kereta kabel menegak, tetapi ia juga merupakan keajaiban yang direka kerana penggunaan teknologinya boleh memacu pod yang dapat menampung pelancong ke atas dan ke bawah.

Pada awal pembinaanya, pengasasnya, David Marks dan Julia Barfield menghadapi kesulitan untuk mendapatkan dana pembiayaan daripada pihak bank dan pelabur. Namun begitu, mereka berjaya memperoleh pembiayaan sebanyak £36.2 juta ($48.2 juta) daripada lembaga pinjaman kerja awam kerajaan yang hanya boleh diakses bagi menjalankan projek ini.
Untuk membina menara yang berasaskan batuan kapur bagi membentuk struktur dinding yang sangat nipis di bandar tepi laut yang mencapai kelajuan angin kira-kira 130km/j adalah sukar. Tetapi, pasukan Marks Barfield Architecs telah berjaya mengatasinya dan kini, menara i360 ini mampu menahan tiupan angin dengan selamat pada kelajuan 161 km/j.
Seperti namanya, menara pemerhatian i360 menawarkan pemandangan 360 darjah bandar Brighton dan pantai dengan meluncur pengunjung ke arah puncak menara. Pod kaca pada bahagian atas pula berukuran 59 meter bagi diameter dan boleh menampung sehingga penumpang pada satu masa.

Sumber : Oddity Central