‘Jari’ terkeluar dari tanah telah mengejutkan para pejalan kaki di sekitar bandar United Kingdom. Jari tersebut kelihatan seolah-olah jari orang yang sudah mati, dan tertonjol keluar dari tanah. Namun jari tersebut adalah perkara yang biasa tetapi mengejutkan.
Jari yang dimaksudkan itu ternyata sejenis kulat yang mendapat nama ‘Seperti jari’ memetik laporan daripada Daily Star.
‘Dead man’s fingers’ adalah sejenis karang yang muncul di beberapa kawasan yang cantik di sekitar United Kingdom. Kulat tersebut kelihatan seperti jari kerana bentuknya yang bercabang-cabang dan hampir membentuk jari-jemari seperti tangan manusia.
Kulat tersebut terdapat di beberapa kawasan di United Kingdom. ‘Dead man’s fingers’ itu terdapat di beberapa kawasan menarik dan cantik di sekitar bandar United Kingdom.
Persatuan National Trust UK yang telah menguruskan ratusan tempat cantik di seluruh United Kingdom telah memuatnaik gambar yang bersesuaian dengan perayaan Halloween yang hampir tiba pada hujung minggu ini iaitu pada 31 Oktober.

“Bertambah-tambah, kulat ni boleh buat kawah kita berbuih” komen pembaca
“Mesti ramai yang berjalan di situ, terkejut bila tengok jari ni” komen pembaca
“Benda ni nampak seram, tak pernah lagi tengok perkara seram macam ni, karang tu nampak macam jari betul” tegas komen pembaca lagi
“Dekat luar bandar tak ada lagi sambutan Halloween menakutkan macam ni” komen pembaca lagi
Walaupun kulat tersebut kelihatan menakutkan, tetapi kulat sebegini kerap ditemui di hampir ke semua pantai di United Kingdom.
Sumber: Daily Star