Siakap Keli
Gambar Hiasan via Medical Daily

Rasa Tertipu, Lelaki Mahu Ceraikan Isteri Setelah Melihatnya Tanpa ‘Make Up’

Seorang lelaki bertindak memfailkan cerai terhadap isteri yang baru sebulan dikahwininya, dipercayai kerana rasa ‘tertipu’ setelah melihat wajah sang isteri tanpa solekan, lapor Gulf News.

Menurut portal tersebut, lelaki warga Mesir itu mengaku terkejut setelah melihat keadaan isterinya yang sangat berbeza tanpa makeup di pagi hari setelah pernikahannya.

“Saya rasa tertipu sebab dia selalu mengenakan makeup tebal sebelum menikah. Dia nampak hodoh tanpa makeup,” ujar lelaki tersebut kepada pihak mahkamah, memetik laporan Gulf News.

Tambahnya, mereka berkenalan melalui laman sosial Facebook di mana wanita berkenaan seringkali mengunggah gambarnya dengan makeup. Setelah bertemu beberapa kali, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Saya lihat gambar-gambarnya di Facebook, dia nampak sangat berbeza dengan wajah tanpa makeup. Saya rasa tertipu dan mahu menceraikannya,” kata lelaki berkenaan.

Sumber: Gulf News

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.