Kumpulan Simpanan Wang Pekerja memaklumkan bahawa pengguna tidak lagi perlu melakukan Janji Temu Online (JTO) untuk segala transaksi di kaunter KWSP.
Perkara itu dimaklumkan oleh KWSP melalui laman Twitter di mana perkara ini bermula pada 1 Novermber 2021.
Walau bagaimanapun, hanya urusan yang melibatkan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) sahaja yang masih memerlukan individu untuk membuat Janji Temu Online (JTO).
Bermula 1 November 2021, anda tidak memerlukan Janji Temu Online (JTO) untuk segala urusan transaksi di kaunter KWSP.
Hanya urusan berkaitan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) masih memerlukan JTO.#kwspahli #kwspinfo #kwspjto pic.twitter.com/yGKrsR0vRo
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) October 30, 2021
Sumber: KWSP