Siakap Keli
Kredit: Taman Negeri Gunung Stong

“Tempahan Tidak Putus-putus,” Kedatangan Pengunjung Gunung Stong Cecah 1,000 Sehari Pada Hujung Minggu

Setelah berbulan-bulan ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan pergerakan (PKP), akhirnya Taman Negeri Gunung Stong dibuka semula untuk menerima pengunjung. Situasi tersebut telah memberikan nafas lega kepada pengusaha di sana untuk membantu mereka mencari sumber pendapatan.

Terbaharu, pengusaha pelancong di Gunung Stong kongsikan berlaku jumlah kenaikan pengunjung yang mencecah seramai 1,000 orang sehari. Jumlah pengunjung yang ramai ini kebiasaannya berlaku pada hujung minggu dan cuti umum.

Kenaikan jumlah pengunjung di sana naik mendadak ekoran pengumuman kerajaan yang membenarkan aktiviti rentas negeri dan sektor pelancongan beroperasi.

Pengarah Urusan Stong Hill Resort, Mohd. Yazil Yahya memberitahu kepada Mingguan Malaysia bahawa tempahan sentiasa diterima oleh pengusaha pelancongan di sana sejak akhir-akhir ini.

Tambahnya lagi, orang luar negeri Kelantan juga selalu mengunjungi lokasi tersebut sama ada menaiki kenderaan sendiri mahupun kereta api.

“Mengikut pemantauan kami, kalau hari biasa, tidak kurang 200 hingga 300 pengunjung sehari masuk berkelah dan berekreasi di kawasan ini. Pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, kedatangan pengunjung naik mendadak mencecah 1,000 orang sehari.

Tempahan tidak putus-putus menyebabkan resort juga sentiasa penuh,” kata Yazil ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut salah seorang pengunjung di sana, tujuan dia melawat Taman Negeri Gunung Strong untuk melihat Air Terjun Jelawang setinggi 303 meter. Air Terjun itu juga dikenali sebagai air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

Sumber: Utusan Malaysia

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.