Siakap Keli
Kredit: Liputan6

Bekas Ketua Kampung Didakwa Cabut Tiang Elektrik, Dipercayai Lepas Kalah Pilihan Raya

Mungkin kerana tidak berpuas hati setelah kalah dalam pilihan raya, individu dipercayai bekas ketua kampung didakwa tekad mencabut berpuluh-puluh tiang elektrik di kampungnya baru-baru ini, lapor Suarakaltim.id.

Kejadian yang berlaku di Kampung Guwo, wilayah Pati di Jawa Tengah itu sempat dirakam dan dikongsikan di akaun Instagram @memomedsos serta tular di media sosial.

“Berpuluh-puluh tiang elektrik terpaksa dicabut gara-gara bekas ketua kampung kalah pilihan raya desa.

“Penduduk Kampung Guwo, Pati, Jawa Tengah digemparkan dengan ‘pencabutan’ berpuluh tiang elektrik secara paksa.

“Dipercayai kejadian ini dilakukan oleh orang-orang upahan bekas ketua kampung yang kalah dalam pilihan raya desa pada bulan April 2021 lalu,” nyata kapsyen video berkenaan.

Berdasarkan video itu, kelihatan sebuah trak kren berwarna kuning sedang mencabut sebatang tiang elektrik yang berada berhampiran dengan rumah penduduk.

Sementara itu, kejadian tersebut mendapat pelbagai maklum balas berbeza daripada segenap warganet, dikatakan ada yang tidak berpuas hati dengan bekas ketua kampung terbabit.

Merujuk laporan Suara, mereka mendakwa bekas ketua kampung itu tidak menjalankan amanah yang diberikan ke atasnya dengan baik.

Tidak kurang juga, ada sebahagian warganet turut mentertawakan ‘perilaku’ bekas ketua kampung itu kerana menurut mereka, sekiranya individu itu terpilih sekali lagi dalam pilihanraya, tidak mustahil dia akan melakukan korupsi.

Sumber: Suara / Liputan6

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.