Walaupun masih baru di pasaran, Syarikat Mommy Happy Group Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Mommy Happy kini sudah mendapat tempat di hati ramai ibu bapa dan guru yang mencari produk pendidikan bagi kanak-kanak khususnya yang berusia diantara dua hingga lapan tahun.
Pelbagai pilihan produk yang terdapat di dalam rangkaian produk mereka antaranya ialah buku pembelajaran, permainan, kad imbasan, buku rujukan ibu bapa dan guru serta pelbagai alat bantuan mengajar.
Bukan sahaja itu, ada juga yang turut mengambil peluang menjana pendapatan dengan menjadi usahawan produk berkenaan.
Pengasasnya, Siti Sarah Mohd Fauzi, 35, optimis dengan sambutan yang diterima.
“Produk kami membantu anak anak untuk belajar membaca, mengira, menulis dan mengaji. Malah turut disertakan kod QR di setiap halaman buku contohnya untuk membuka akses kepada video panduan. Ia turut membantu anak anak untuk membuat ulang kaji,” katanya.
Berpengalaman luas lebih 10 tahun dalam bidang perniagaan, beliau berkata bajawa syarikatnya itu telah berjaya membuktikan dalam melahirkan ribuan usahawan berjaya. Khususnya golongan wanita yang hanya berniaga dari rumah.
“Di era pandemik COVID-19 ini ramai yang bergelut untuk meneruskan survival hidup. Lalu kami mahu mengajak lebih ramai suri rumah dan sesiapa sahaja untuk bergelar Usahawan Mommy Happy. Sambil menambah ilmu, boleh menjana pendapatan dengan cara mudah.
“Tanpa perlu modal tinggi dan berbekalkan semangat yang jitu, rajin dan komited menjual produk dan kerap mengemaskini promosi di media sosial, ejen boleh menarik ramai pembeli. Yuran kini dikenakan dengan harga puluhan ringgit sahaja.
“Tag line atau asas kami sendiri mahu memberikan kebahagiaan dan keceriaan kepada kepada golongan ibu atau suri rumah dan menaikkan semangat anak untuk belajar. Sekali gus, boleh menjadi Usahawan Mommy Happy yang berjaya” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa usahawan mereka dibekalkan dengan ilmu serta tips menerusi kelas yang dilakukan secara konsisten setiap bulan.
“Tidak hanya kelas perniagaan untuk usahawan, anak mereka juga ditawarkan pelbagai kelas ilmu secara percuma seperti kelas membaca, menulis, mengira, mengaji dan melukis.
“Mereka juga tak perlu menyimpan stok produk di rumah kerana kerja pengeposan dan pembungkusan dilakukan pihak kami. Mereka hanya perlu menempah produk diingini menerusi sistem laman sesawang yang disediakan. Bukan hanya pendapatan diraih, usahawan juga layak mendapat bonus dan pelbagai ganjaran,” katanya.
Dalam pada itu, Program Cabaran 100 Hari Anakku Bijak bersama Mommy Happy yang dianjurkan terbuka kepada semua ibubapa dan guru dengan menawarkan ganjaran menarik.
Antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah wang tunai berjumlah RM5,000, komputer riba, gelang emas, barangan permainan kanak-kanak dan banyak lagi.
“Mereka yang mempunyai anak anak berusia dua hingga lapan tahun dialu-alukan untuk menyertai cabaran ini hanya dengan beberapa langkah mudah.
“Iaitu dengan mendapatkan produk keluaran kami dengan usahawan berdaftar di seluruh negara,” katanya.
Dengan kehidupan norma baharu di era pandemik ini, kehadiran produk tersebut dilihat sebagai suatu yang bertepatan susulan daripada Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian yang dipraktikkan.
Rangkaian produk dijual pada harga yang berpatutan bermula daripada harga serendah RM10 hingga kepada RM150.
Syarikat beribu pejabat di Puncak Alam, Selangor itu juga turut konsisten membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah pendapatan.
Maklumat lanjut boleh layari laman web http://mommyhappygroup.com