Siakap Keli
Kredit: Bernama

Harga Ayam Standard Dijual RM9.50 Sekilogram Sempena Deepavali

SHAH ALAM: Menjelang sambutan Deepavali, harga runcit ayam standard dijual pada harga RM9.50 sekilogram bermula Isnin hingga Ahad ini (7 November).

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Muhd Zawawi Ahmad Mughni berkata, sebanyak 11 jenis barangan yang disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan yang menjadi keperluan utama semasa perayaan Deepavali nanti.

Menurutnya lagi, tujuan pelaksanaan kawalan harga itu adalah untuk menstabilkan harga barangan keperluan menjelang perayaan itu.

“Pengguna di Selangor tidak perlu risau dengan kecukupan bekalan kerana kedudukan bekalan semasa adalah stabil sehingga menjelang musim perayaan”.

“Peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011”, katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Barang keperluan yang tersenarai dalam skim kawalan harga seperti telur gred A,B dan C, ayam (hidup, standard dan super). Selain itu, daging kambing import bertulang, tomato, cili merah, kelapa parut dan juga kelapa biji.

Sekiranya peniaga-peniaga gagal untuk mematuhi undang-undang di bawah skim berkenaan, orang ramai boleh membuat aduan di portal [email protected], melalui WhatsApp di 019-279 4317 atau Call Centre 1800 886 800.

Sumber: Sinar Online

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.