Seorang lelaki berpakaian kostum ‘Joker’ dari siri Batman dilaporkan telah menyerang orang awam di dalam sebuah komuter dan cuba membakar komuter tersebut, malam semalam.
Dalam kejadian mengerikan di kereta api Keio itu, suspek yang berusia 24 tahun bertindak menikam orang awam sehingga beberapa penumpang yang ketakutan melompat keluar dari tingkap komuter untuk menyelamatkan diri, menurut laporan Insider.
Salah seorang saksi di tempat kejadian memberitahu pihak polis, penyerang yang mengenakan pakaian hijau, biru dan ungu itu turut menuangkan cecair dipercayai minyak dari botol pastik dan mula membakar kenderaan awam berkenaan.
Pihak bomba Tokyo melaporkan sebanyak 17 orang penumpang cedera dalam insiden serangan itu di mana tidak daripada mereka cedera parah. Namun kebanyakan daripada mangsa tidak mengalami luka yang serius.
Suspek bagaimanapun telah berjaya ditahan dan kini sedang disiasat atas cubaan membunuh, memetik laporan Insider.
Setakat ini belum dapat dipastikan motif sebenar suspek bertindak sedemikian. Namun menurut media tempatan, lelaki tersebut mengaku kepada pihak polis yang dia mahu membunuh untuk dijatuhkan hukuman mati.
Sumber: Insider