Sejak kerajaan memberikan kebenaran merentas negeri kepada semua rakyat Malaysia, ramai orang mula merancang untuk pergi melancong. Salah satu negeri yang menjadi tumpuan pelancong adalah negeri Pulau Pinang.
Bila sebut Pulau Pinang ni, mat saleh pun tahu memang kaya dengan pelbagai makanan yang unik dan sedap. Paling menjadi tumpuan adalah nasi kandar, pasembur dan macam-macam lagi. Tapi Pulau Pinang juga ada tempat pelancongan yang menarik. Bukan makanan sahaja tau.
Seorang lelaki di Tiktok telah membuat satu video berkaitan lima tempat yang wajib pergi di Pulau Pinang. Akaun Tiktok yang bernama @gray_travel memberitahu bahawa 5 tempat ini merupakan tempat yang sangat menarik dan berbaloi untuk pergi di negeri itu.
Menurut lelaki tersebut, lima tempat wajib pergi di Pulau Piang adalah
- Chew Jetty
- Batu Ferringhi
- The Top Komtar
- Avatar Secret Garden
- Hin Bus Depot
Jadi, apa lagi? Mulalah rancang perjalanan ke Pulau Pinang bersama orang tersayang!
@gray_travel Hidden place at last 2😏 #travel #traveltiktok #penang #hiddenplaces #tiktokguru #learnontiktok #fyp #foryou #foryoupage #viral #viralvideo
Sumber: Tiktok Gray Travel