Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK PDRM) melalui laman Facebook berkongsikan perkara berkenaan pemilik akaun keldai Akaun keldai ialah satu jenayah penipuan akaun bank yang digunakan oleh orang lain tanpa disedari.
Tambah perkongsian itu, pemilik boleh disiasat dan didakwa di bawah undang-undang Malaysia.
Dalam pada itu, JSJK PDRM juga berkongsikan beberapa tips dan nasihat supaya masyarakat lebih berhati-hati:
- Jangan berikan kad ATM kepada orang lain dengan tujuan pinjaman wang.
- Jangan berikan kad ATM dan maklumat akaun bank kepada sesiapa untuk digunakan.
- Jangan gunakan akaun bank anda untuk membuat transaksi pindahan wang ke akaun lain.
Sementara itu bagi mereka yang memiliki akaun keldai ini, dakwaan boleh dikenakan atas undang-undang Malaysia. Bagi mereka yang bersubahat akan didakwa dibawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan, selain itu mereka yang menerima harta dengan curang akan didakwa dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
Antara dakwaan yang boleh dikenakan adalah di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana menyubahati sesuatu perkara, Sekyen 411 Kanun Keseksaan kerana menerima harta dengan curang dan Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana mengalih atau menyembungikan harta dengan curangnya dengan tipuan.
Selain itu, tertuduh juga boleh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan, Seksyen 120B Kanun Keseksaan kerana pakatjahat jenayah, Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001 kerana kesalahan penggubahan wang haram serta Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan kerana larangan menerima deposit.
Sumber: Facebook JSJK PDRM