Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda di beberapa negeri sehingga 7 malam ini.
Menerusi laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi, antara kawasan yang terjejas di Pantai Timur adalah di Hulu Terengganu dan Marang, Terengganu; Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah. Machang. Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan dan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang.
Di Selatan Semenanjung Malaysia, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir hanya di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara di Sarawak, kawasan yang dijangka hujan lebat dan ribut petir adalah di kawasan Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan), Betong (Saratok dan Kabong), Mukah, Kapit (Kapit dan Belaga), Miri (Subis dan Miri) dan Limbang.
Di Sabah, hanya di kawasan Pedalaman (Kuala Penyu(, Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) sahaja dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir.
Manakala di Kedah, kawasan yang terjejas adalah di Langkawi, Kubang, Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu dan kawasan di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar di Perak.
Dalam pada masa yang sama, di Perlis, Negeri Sembilan (Kuala Pilah dan Rembau) dan WP Labuan juga dijangka turut terjejas dengan hujan lebat dan ribut petir.
Sumber :METMalaysia