Seorang lelaki, Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain dilapor hilang tanpa jejak selepas bertolak ke Terengganu sekitar pukul 1.30 pagi pada 29 Oktober baru-baru ini, menurut perkongsian Izz Anisaa di laman Facebook.
Menerusi hebahan orang hilang yang dimuat naik adiknya, Izz Anisaa di Facebook, turut disertakan foto Iman bergambar di depan kereta Nissan model Grand Livina berwarna perak dengan nombor pendaftaran WWF 3187.
“Pada 29-10-2021 pada pukul 1.30 pagi Iman bertolak ke Terengganu dan sampai sekarang beliau masih belum dapat dihubungi atau dijumpai.
“Jika ada yang melihat atau jumpa sila hubungi kami 011-18646801 (Puan Azmawati), 012-7106646 (En. Azhar) (dan) 011-10697509 (En. Azuni),” maklum hebahan tersebut.
Dalam pada itu, Izz Anisaa turut menyeru orang ramai agar bersama-sama mendoakan, selain berharap abangnya itu kembali semula ke pangkuan keluarga.
“Iman baliklah. Ibu tunggu, aku tunggu keluarga kita semua tunggu.
“Saya mohon jangan berhenti berdoa dan solat hajat untuk abang saya pulang ke pangkuan kami dengan selamat.
“Untuk pengetahuan semua, sehingga ke hari ini abang saya masih belum dijumpai sejak 29 Oktober,” katanya di Facebook semalam.

Sumber: Izz Anisaa