Masalah rambut rosak bukanlah satu masalah yang asing bagi kebanyakan orang. Kadangkala, sudah terlalu banyak duit dihabiskan untuk merawat kerosakan rambut tersebut. Namun, pernahkah kita terfikir bahawa kita sebenarnya yang merosakkan rambut kita sendiri? Sebagai contoh, kita tidak menjaga rambut dengan baik ketika rambut kita basah.
Seorang pengguna Tiktok yang bernama @alyphsyafi2 telah membuat satu hantaran video berkaitan perkara yang perlu tidak boleh dilakukan ketika rambut basah.
Menurut pemuda tersebut, terdapat tiga perkara yang perlu dielakkan oleh kita ketika rambut kita masih basah iaitu:
1.Jangan sikat rambut
Sekiranya anda nak sikat juga ketika rambut masih basah, anda perlulah menggunakan sikat yang begigi jarak. Hal ini dikatakan sedemikian kerana ketika rambut masih basah, rambut itu akan mudah untuk tercabut. Perkara ini berlaku kerana pori-pori rambut sudahpun terbuka ketika itu.
2.Jangan ikat rambut
Ketika rambut basah juga, anda perlu pastikan rambut tersebut kering terlebih dahulu. Bila dah kering, barulah ikat rambut tersebut dengan baik.
3.Jangan gosok rambut dengan tuala
Kebanyak orang suka menggsosok rambut menggunakan tuala ketika basah dengan alasan nak bagi cepat kering. Sebenarnya, perkara itu salah dan tidak elok untuk rambut. Seeloknya anda ‘dap dap dap’ sahaja rambut yang basah itu. Sekiranya anda malas sangat nak ‘dap dap dap’, anda tutup sahaja rambut anda yang basah itu menggunakan tuala. Kemudian, anda keringkan sahaja menggunakan hair dryer. Jika anda tiada hair dryer, maka anda perlu biarkan sahaja rambut basah itu kering sendiri.
Haaa, itulah tiga perkara yang anda perlu elakkan semasa rambut anda sedang basah. Jika anda rasa rambut anda membuat kesalahan ini, cuba elakkan. Mana tahu rambut anda rosak selama ini kerana kesalahan tersebut. Tidak perlu anda berhabis duit untuk merawat rambut anda. Baka kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.
@alyphsyafi2 Jangan buat ni kalau tak mau rambut rosak #alyphshare #hairosbyalyphsyafi #tipsrambut #haircare
Sumber: Tiktok alyphsyafi2