Siakap Keli

Jemaah Dilapor Meninggal Dunia Setelah Tanya Penceramah Adakah Boleh Bertemu Rasulullah SAW Ketika Meninggal Dunia

Kematian seorang jemaah lelaki telah menjadi tular di Indonesia selepas Allahyarham dilaporkan telah bertanya kepada penceramah mengenai Rasulullah SAW sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Masjid Annur Cilendek, Bogor, Jawa Barat pada sabtu lalu dan kisahnya telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook.

Difahamkan, jemaah yang bernama Hamdan Abdat itu sedang mengikuti kelas pengajian harian di dalam masjid tersebut yang dihadiri oleh seorang penceramah, KH Muhyiddin Junaidi.

Almarhum wafat di masjid Annur Cilendek setelah selesai pengajian rutin pada Sabtu pagi oleh Ustaz Muhyiddin Junaidi (MUI pusat),” tulis seorang pengguna Facebook.

Sebelum meninggal dunia, Hamdan sempat mengajukan pertanyaan kepada Ustaz Muhyiddin iaitu apakah seorang Muslim boleh bertemu dengan Rasulullah SAW ketika meninggal dunia. Menjawab pertanyaan itu, Ustaz Muhyiddin menjelaskan bahawa ia bergantung kepada amal ibadah seseorang muslim.

“Nabi SAW menyampaikan ‘Aku diutus untuk menyampaikan pencerahan kepada umat manusia’. Bergantung pada amal ibadah, kita boleh bertemu dengan Baginda SAW,” jelasnya saat menjawab pertanyaan itu.

Namun, tidak lama selepas itu, Hamdan tiba-tiba mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri ketika duduk bersandar di dinding.

Sementara itu, rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka ‘cemburu’ melihat kematian itu dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: Suara.com

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.