Seorang lelaki berusia 51 tahun didakwa telah dibunuh oleh teman lelaki anaknya setelah dia tidak setuju untuk menjadikan lelaki tersebut sebagai menantunya, memetik laporan daripada Tribun News.
Peristiwa ini dilaporkan berlaku pada 30 Oktober lalu. Teman lelaki anaknya itu didakwa bertindak membunuh mangsa tersebut berikutan bengang kerana lamarannya ditolak.
“Betul ada kejadian pembunuhan yang dilakukan oleh seorang warga Bonai disebabkan lamarannya ditolak oleh bapa teman wanitanya.” lapor Tribun Pekan Baru
Kejadian tersebut telah berlaku pada 12:30 Waktu Indonesia Barat, semasa lelaki tersebut datang ke rumah bapa teman wanitanya. Pemuda itu pada mulanya menyatakan hasratnya ingin melamar anak mangsa, tetapi, bapa wanita itu dengan mudahnya menolak lamaran lelaki itu.
“Disebabkan mangsa tidak mahu lelaki tersebut sebagai menantunya, maka terjadilah pertengkaran mulut di antara mangsa dan lelaki tersebut.” jelas Kompass.com
Lelaki tersebut dikata telah menggunakan cop sawit untuk mendera bapa teman wanitanya berikutan kecewa dan kesal kerana telah ditolak.
Mangsa tersebut dilaporkan cuba menyelamatkan diri ke arah bertentangan dengan rumah mangsa tetapi lelaki tersebut terus mengejar dan akhirnya menangkap mangsa tersebut. Lelaki itu kemudiannya menyerang mangsa sekali lagi dengan cop sawit itu sehingga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Anak perempuan mangsa yang melihat kejadian bapanya itu, menjerit meminta tolong daripada penduduk setempat. Bagaimana pun lelaki itu berjaya melarikan diri ke arah belakang rumah mangsa. Penduduk kampung datang dan segera mencari penjenayah itu sehingga dia berjaya ditahan.
Penjenayah kemudiannya di bawa ke balai polis bersama-sama dengan bahan bukti pembunuhan iaitu cop sawit yang digunakan untuk membunuh bapa teman wanitanya itu.
Selain daripada bukti pembunuhan cop sawit tersebut, polis turut menemui seluar lelaki tersebut yang berlumuran dengan darah dan dipercayai darah milik mangsa.
Sumber: Tribun News