Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 5,071 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,481,339 kes.
Catatan kes positif harian hari ini walaubagaimanapun menunjukkan peningkatan berbanding 4,626 kes semalam.
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.
Sehingga 2 November 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,071 kes (2,481,339 kes).
Sehingga 1 November 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,626 kes (2,476,268 kes).
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 2, 2021
Sumber: DG Hisham