Kamera litar tertutup atau CCTV bukan saja berfungsi sebagai kamera ‘pengawal’ tetapi telah merakam pelbagai jenis peristiwa yang menjadi tular di seluruh dunia. Terbaru, sebuah kamera trafik di Brazil dilapor telah merakam satu momen yang agak comel dan melucukan yang memperlihatkan seekor burung kakak tua sedang ‘menghendap’ kamera tersebut.
Mungkin pelik melihat peranti elektronik tersebut, burung yang berwarna hijau itu dipercayai memilih untuk ‘berehat’ sebentar di atas kamera itu yang dipasang pada satu sudut di tepi lebuhraya di Curitiba, Selatan Brazil.
Menurut The Indian Express, syarikat pengurusan jalan raya Arteris Planalto Sul telah berkongsikan video tersebut di Twitter dan menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial.
Para netizen teruja melihat gelagat burung itu yang berulang kali menurunkan kepala dan menatap ke dalam kamera.
🦜🦜 Sextou! Na manhã de hoje (29), recebemos uma visita para lá de especial em uma das câmeras do nosso circuito de CFTV, no km 115 da BR-116/PR, em Curitiba. A espécie foi identificada como um papagaio – nome científico amazona aestiva. Só de olho 👀 pic.twitter.com/UwKHeaT8E1
— Arteris Planalto Sul (@Arteris_APS) October 29, 2021
Difahamkan, momen seperti itu bukan pertama kali berlaku. Sebelum ini, beberapa ekor burung turut ‘menyinggah’ di atas CCTV di lebuhraya Amerika Latin.
Tidak cuma itu, dua ekor burung toucans dilaporkan telah dirakam pada April lalu oleh CCTV yang dipasang di atas lampu isyarat di bandar Campinas, Sao Paulo.
Sumber: The Indian Express