Siakap Keli
Kredit: Cigu Jie

(Video) Penat Korek Nak Dapat Kuah? Rupanya Bekas Makanan Macam Ni Boleh Lipat, Terus Kuah Masuk Dalam Nasi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perasan atau tidak, kalau kita selalu beli makanan secara ‘tapau’ kat luar atau di kedai-kedai makan, mesti dah banyak jumpa bermacam-macam jenis bekas ‘tapau’ kan?

Ada penjual guna bekas jenis polisterin, ada yang guna bekas plastik jernih berbentuk segi empat tepat, segi empat sama, bekas bulat (biasanya untuk aneka mi) dan sebagainya.

Bercakap tentang bekas makanan, pernah tak jumpa bekas yang mempunyai dua ruang yang bersebelahan? Ruang besar biasanya untuk nasi, manakala ruang kecil di sebelahnya untuk lauk. Kalau lauk tu berkuah, susah la nak ‘ceduk’ kuah tersebut untuk dimakan bersama nasi, lagi-lagi kalau tiada sudu.

@jhieyna

Penat nak korek ๐Ÿ˜‚ #cguJie

โ™ฌ Dj BonBon Remix – ๐™๐™๐™–๐™–๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉแดบแต€แต€แญ„๐™ฟ๐š๐™ธ๐™ณ๐™ด

Selalunya waktu nak tuang lauk, mesti kita akan gunakan sudu untuk mencedok kuahnya kan? Tapi tahukah korang, sebenarnya tak perlu susah-susah pun guna sudu.

Kita lipat saja ruang berisi lauk tu ke dalam ruang nasi, nanti lauk akan tertuang sendiri. Mudah, jimat masa dan tak perlu guna sudu. Tak percaya? Jom tengok ‘tutorial’ yang diajar oleh Cikgu Jie kat bawah ni.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

@jhieyna

Reply to @tumpanglalu2021 siapa lagi begini? ๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™€๏ธ kita geng ๐Ÿคœ๐Ÿป๐Ÿค›๐Ÿป๐Ÿ˜‚

โ™ฌ #FoodDance – Jaydenhawkeycomauwwwkissuk

Sumber: TikTok @jhieyna

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.