Pernah tak kucing korang buat perkara-perkara yang menghiburkan? Mesti pernah kan? Begitulah yang ingin dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok sfathasha.
Melalui perkongsian video itu, dapat dilihat kucingnya terperangkap pada pelekat lalat. Apa yang lebih menghiburkan apabila bukan pada badan kucing itu sahaja yang terkena pelekat itu, malah pada bahagian kepalanya.
Kucing tersebut atau Oyen, seperti yang tertulis pada kapyen kelihatan ‘relaks’ je walaupun terlekat pada pelekat tersebut. Tuan video pula dah pening macam mana nak cabut pelekat tersebut.
@sfathasha kucing kau pernah lekat pelekat lalat? tak pernah? LEMAHHH!!!! #kucingoren #fyp #kucingnakal
Video yang memperoleh lebih daripada 100 ribu tontonan itu turut mendapat komen yang menghiburkan daripada warganet. Malah ada yang turut berkongsikan pengalaman mereka.





Sumber: TikTok sfathasha