Dah nak masuk hujung-hujung tahun ni, mesti ramai kaki shopping yang automatik akan cuba cari barangan yang menawarkan potongan diskaun yang tak masuk akal. Sebab apa, time hujung tahun ni lah biasanya banyak jenama akan tawarkan harga yang rendah.
Kepada penggemar buku, ada berita baik untuk anda. Kedai buku terkenal di Malaysia yang dikenali sebagai POPULAR juga turut tidak ketinggalan untuk turut serta membuat jualan terbesar dengan menawarkan potongan diskaun menarik di kedai mereka mulai 4 November sehingga 7 November ini.
Nak tahu apa yang menarik pasal jualan terbesar POPULAR ni, jom kita check itu out sama-sama!
Diskaun sebanyak 20 peratus di 50 cawangan
Untuk korang yang nak beli buku tu, jangan beli satu buku. Disarankan agar korang beli lebih dari dua buku untuk dapat diskaun 20 peratus ni. Lagi berbaloi!
Korang juga boleh dapat diskaun 20 peratus ni kalau korang beli alat tulis, CD-RAMA , gajet serta barangan IT tau.
Baucer wang tunai bernilai RM10
POPULAR nak bagi korang hadiah baucar bernilai RM10! Best gila! Cara-cara dia ialah, korang cuma perlu belanja sebanyak minimum RM150 je untuk dapat baucar tu.
Eksklusif untuk pemegang member card
Dengan perbelanjaan minima RM150, korang akan diberikan dengan sekeping baucar potongan diskaun sebanyak 5% tau! Tapi perlu diingat, tawaran ni hanya akan terdapat pada 4 November sahaja. So, baik korang cepat-cepat serbu POPULAR pada tarikh tu nanti untuk dapat baucar tu.
Pada yang baru nak daftar atau yang nak renew kad korang tu, berita baik buat korang sebab, POPULAR akan bagi korang hadiah ekslusif tau. Untung gila korang!
Eksklusif untuk ahli kad Public Bank
Dengan hanya perbelanjaan sebanyak minimum RM150, korang bakal dihadiahkan dengan RM5 baucar POPULAR.
Tawaran produk terhangat!
POPULAR akan menawarkan potongan diskaun sebanyak 60% untuk produk yang terpilih pada 4 November hingga 7 November ni tau! Baik korang pergi serbu awal-awal sementara stok masih ada!
Jimat sehingga 50% lepas belanja sebanyak RM60 ke atas
Kalau barang yang korang dah borong kat POPULAR tu bernilai lebih RM60, korang layak untuk menerima tawaran beli Digital Pulse Oximeter dengan harga RM35 je tau daripada RM69.90 harga asal dia.
Kalau korang taknak Oximeter, korang juga boleh pilih Zebra Stainless Steel Food Storage dengan harga RM22 je daripada harga asal dia RM45.90.
Senang cerita kalau korang belanja lebih RM60, korang akan dapat beli satu(1) barangan kat atas ni dengan potongan diskaun sebanyak 50%. Tapi syarat dia, 1 pelanggan hanya dibenarkan untuk beli sekali sahaja dalam satu resit pada hari yang sama
So, dah tahu semua diskaun dan tawaran menarik yang POPULAR nak bagi kat korang dah kan sekarang? Siap sedialah serbu kedai POPULAR start 4 November nanti tau! Jangan lepaskan peluang menarik ni pula!
Oh lupa nak cakap. Jualan terbesar POPULAR ni hanya dilakukan dekat 50 cawangan terpilih POPULAR dan kedai buku HARRIS je tau. Sebelum korang plan nak pergi tu, check dulu senarai cawangan yang terlibat dekat pautan seperti di bawah ini ye!