Media sosial merupakan salah satu platform di mana korang boleh berkongsi gambar, video atau postingan tentang kehidupan korang. Tetapi setelah sekian lama, korang mesti pernah terdetik nak delete post yang lama kan? Ikuti perkongsian dari gadis ini, bagaimana nak delete post, gambar atau video yang dimuat naik di media sosial korang dengan hanya menggunakan aplikasi Redact sahaja.
Bagi gadis ini pula, dia menggunakan aplikasi Redact untuk membuang beberapa tweet lamanya dari tahun 2011 hingga 2020. Aplikasi ini perlu diakses menggunakan laptop atau komputer sahaja.
Menerusi perkongsian gadis ini, terdapat dua langkah yang perlu dilakukan, iaitu:
- Install di laptop atau komputer korang dan login
- Pilih tarikh post yang nak dibuang dan tinggalkan sahaja untuk diproses
Walau bagaimanapun, proses itu mengambil kira-kira 2 hari untuk membuang segala post tadi. Untuk lebih mudah faham, korang boleh ikuti perkongsian dan tutorial yang dikongsikan oleh Tiya Niesh di Twitter.
I berjaya delete semua tweet from 2011 hingga 2020 dengan satu app ni. Kena buat kat laptop lah tapi.
Dari 147k jadi 100k. Okay lah, sabar I nak delete banyak lagi. You boleh pilih nak delete gambar ke, link ke, video ke from what time to what time. Lepas tu tinggalkan je
— Tiya Niesh | FIDELIA (@anisaniesa) November 2, 2021
I pakai app REDACT. You boleh install kat laptop lepas tu log in. Pilih tarikh nak delete yang mana lepas tu tinggalkan je. 2 hari juga I nak delete 40k tweet but lebih baik buat dari menyesal kemudian hari gitteww
— Tiya Niesh | FIDELIA (@anisaniesa) November 2, 2021
Ni semalam punya time delete. I tak buat apa pun, tinggal je. Wah banyak betul drama korea kau ya pic.twitter.com/srAJ95UXuq
— Tiya Niesh | FIDELIA (@anisaniesa) November 2, 2021
Sumber: Twitter